
KUALA LUMPUR, 2 Julai – Lembaga Tabung Haji (TH) melancarkan Program DAYA INSANI dengan dana permulaan sebanyak RM1 juta menerusi inisiatif kewangan sosial Bank Islam, Sadaqa House, bagi memperkasa belia asnaf dan anak yatim.
- Menyediakan latihan kemahiran khusus, pendedahan industri dan penempatan pekerjaan berkualiti bersama rakan strategik.
- Dijangka memberi manfaat kepada lebih 100 belia asnaf dan anak yatim sebagai permulaan.
- Rakan strategik termasuk Kulim Hi-Tech Park Skills Centre, Kolej Universiti Bestari, Kumpulan Medic Iman, MyPAC dan Showme Education.
- TH dan Bank Islam tekad memperkasa pembangunan modal insan serta memberi akses dan sokongan untuk masa depan lebih cerah.
Program itu bertujuan menyediakan latihan kemahiran khusus, pendedahan industri serta penempatan pekerjaan berkualiti bersama rakan strategik yang dikenal pasti.
Dana perintis berkenaan disalurkan TH kepada Sadaqa House bersempena pelancaran inisiatif Bakat MADANI yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sendayan, Negeri Sembilan.
Sebagai permulaan, program itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 100 belia asnaf dan anak yatim.
Antara rakan strategik yang terlibat ialah Kulim Hi-Tech Park Skills Centre, Kolej Universiti Bestari, Kumpulan Medic Iman, MyPAC dan Showme Education.
Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad berkata, DAYA INSANI mencerminkan komitmen TH dalam memperkasa pembangunan modal insan golongan yang memerlukan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Raja Datin Paduka Teh Maimunah Raja Abdul Aziz berkata, program itu memberi akses dan sokongan kepada belia asnaf dan anak yatim untuk membina masa depan yang lebih cerah