PRN: Kekerapan ETS ke Johor ditambah, galak orang ramai mengundi

Foto KTMB

MUAR, 2 Julai – Penambahan kekerapan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) ke Johor, antara beberapa inisiatif yang diambil bagi menggalakkan orang ramai pulang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penambahan kekerapan ETS melibatkan tempoh perjalanan 10 hingga 12 Julai 2026.
  • KTMB akan menambah kekerapan ETS dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru.
  • Penumpang dari Singapura boleh kembali ke Segamat, Labis dan lokasi lain menggunakan ETS.
  • Tiket dijual melalui aplikasi KTMB Mobile, KITS Style, laman online.ktmb.com.my dan mesin kios KTMB.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, penambahan kekerapan itu akan melibatkan tarikh perjalanan bagi tempoh 10 hingga 12 Julai 2026.

“Kementerian Pengangkutan telah mengambil beberapa langkah seperti Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) akan menambah kekerapan perjalanan ETS dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru.

“Bagi mereka yang pulang daripada Singapura, boleh naik ETS balik ke Segamat, Labis dan lain-lain lokasi. Manakala, dari utara pula, boleh juga naik ETS balik mengundi boleh ” katanya.

Beliau ditemui pada sidang media Majlis Makan Malam Amal di sini, hari ini.

Sebelum ini, KTMB menerusi kenyataan memaklumkan, pihaknya  menyediakan tambahan ETS ke negeri selatan tahan air itu sempena PRN Johor.

Jualan tiket kini dibuka melalui aplikasi KTMB Mobile, KITS Style, laman online.ktmb.com.my atau mesin kios tiket KTMB.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.