
SEREMBAN, 28 Julai- Sebanyak 88.97 peratus pengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan telah menunaikan tanggungjawab mereka, setakat 3 petang ini.
- 9,827 daripada 11,293 anggota tentera dan pasangan keluar mengundi awal.
- 4,824 daripada 5,174 anggota PDRM, PGA dan pasangan menunaikan undi awal.
- Sebanyak 38 pusat pengundian awal dibuka hari ini untuk anggota tentera, polis dan pasangan.
- PRN Negeri Sembilan: 103 calon bertanding untuk 36 kerusi DUN dan 889,490 pengundi berdaftar.
Berdasarkan data terkini yang dikongsikan menerusi Facebook rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah itu melibatkan 14,651 daripada 16,467 pengundi awal.
Daripada jumlah tersebut, seramai 9,827 daripada 11,293 anggota tentera dan pasangan telah keluar mengundi, manakala 4,824 daripada 5,174 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan turut menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Sebanyak 38 pusat mengundi awal dibuka hari ini bagi membolehkan anggota tentera, polis dan pasangan menjalankan tanggungjawab mereka sebelum hari pengundian pada Sabtu ini.
PRN Negeri Sembilan ke-16 menyaksikan 103 calon bertanding bagi merebut 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dengan seramai 889,490 pengundi berdaftar akan menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian.