Keuntungan NEKMAT lebih RM25 juta bukti kecekapan pengurusan

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) Kali Ke-41

KUALA LUMPUR, 28 Julai – Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) mencatat keuntungan melebihi RM25 juta pada 2025 berbanding RM11 juta tahun sebelumnya.

RINGKASAN BERITA AI
  • Peningkatan keuntungan membuktikan kecekapan pengurusan NEKMAT dan membolehkan dana kebajikan serta pendidikan nelayan diperkukuh.
  • NEKMAT meneroka projek baharu termasuk pembangunan hartanah, stesen minyak, barge diesel, kemudahan logistik dan projek perumahan dengan Prosper Sunshine.
  • Kerajaan mahu NEKMAT menjadi peneraju pembangunan perikanan laut dalam, memperkukuh keterjaminan makanan dan meningkatkan pendapatan komuniti nelayan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, peningkatan keuntungan itu membuktikan kecekapan pengurusan NEKMAT selain membolehkan dana kebajikan dan pendidikan nelayan terus diperkukuh.

“NEKMAT kini giat meneroka pelbagai projek baharu termasuk pembangunan hartanah, stesen minyak, pembinaan barge pengangkut diesel, kemudahan logistik serta projek perumahan untuk warga nelayan menerusi kerjasama strategik dengan Prosper Sunshine Sdn. Bhd,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) Kali Ke-41 di ibu negara.

Dalam pada itu Kerajaan mahu persatuan berkenaan memainkan peranan sebagai peneraju utama dalam pembangunan industri perikanan laut dalam negara, selaras usaha memperkukuh keterjaminan makanan dan meningkatkan pendapatan komuniti nelayan.

Bagaimanapun perkara itu sedang diperhalusi bersama beberapa kementerian bawah Kerajaan MADANI bagi memastikan penglibatan NEKMAT dalam industri bernilai tinggi berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.