
JOHOR BAHRU, 2 Julai – Golongan belia menuntut isu peluang pekerjaan berkualiti, gaji setimpal dengan kelayakan pendidikan serta pemerkasaan bantuan kewangan, diberi perhatian dan diperjuangkan oleh bakal wakil rakyat yang menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
- Wakil rakyat perlu bertoleransi, menepati janji dan bersikap amanah dalam menjalankan tugas untuk membina keyakinan rakyat.
- Golongan belia mahukan wakil rakyat muda dan matang, idealnya dari lingkungan usia 30-an.
- Kebajikan rakyat, termasuk kebimbangan pelajar berdepan masalah kewangan, perlu menjadi keutamaan wakil rakyat terpilih.
Nurseera Asyiqin Rosli berkata, wakil rakyat perlu mempunyai sikap toleransi, menepati janji serta amanah dalam menjalankan tugas bagi membolehkan rakyat lebih yakin terhadap kepimpinannya.
” Isu peluang pekerjaan, dan kewangan perlu diberi perhatian.
“Selain itu, seiring dengan perkembangan semasa saya melihat rakyat lebih memerlukan wakil rakyat muda dalam lingkungan usia 30-an dan matang,” jelasnya.
Sementara itu, Nur Azzalea Hazirah Halim yang juga pelajar berpandangan, masalah kewangan yang dihadapi golongan pelajar perlu turut diberi pertimbangan sewajarnya.
“Kebanyakan anak muda khususnya pelajar ada masalah kewangan dan tidak mampu menyara diri sendiri kerana keluarga pun susah,” katanya.
Manakala, Muhammad Arif Asyraaf Md Nirazry berkata, isu kebajikan rakyat perlu sentiasa menjadi keutamaan bagi wakil rakyat yang dipilih.
“Wakil rakyat perlu amanah kerana memimpin bukan soal jawatan tetapi menjaga kebajikan rakyat,” ujar beliau.