PRN Negeri Sembilan: BN bertanding secara solo

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 29.Jun- Barisan Nasional (BN) kekal dengan pendirian untuk bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keputusan dibuat oleh kepimpinan BN dan UMNO Negeri Sembilan, berbeza dengan pendekatan PRN15 yang bekerjasama dengan Pakatan Harapan.
  • Ditegaskan perlunya penyatuan kepimpinan dan ahli di semua peringkat untuk menghadapi PRN dalam situasi luar biasa.
  • BN tidak akan mencampuri krisis yang melibatkan Institusi Raja dan Dewan Keadilan Undang; fokus kepada pengukuhan jentera parti.

Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu dibuat kepimpinan BN dan UMNO Negeri Sembilan, berbeza dengan pendekatan PRN15 yang menyaksikan kerjasama bersama Pakatan Harapan (PH).

Yang penting ialah penyatuan dalam kalangan kepimpinan dan ahli-ahli di semua peringkat untuk menghadapi PRN ini dan juga kita telah memberikan penekanan bahawa gerak kerja yang akan kita hadapi ini berada dalam situasi luar biasa.

“Kalau dahulu dalam PRN15, kita bersama-sama dengan parti-parti komponen dalam PH. Tetapi tidak lagi pada (PRN) kali ini kerana itu adalah pilihan yang dibuat UMNO dan BN Negeri Sembilan. Maka kita pergi secara solo”, katanya demikian selepas menghadiri Majlis Perkhidmatan Cemerlang dan Apresiasi 2025 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) disini.

Dalam pada itu beliau juga turut menjelaskan pertemuan beliau bersama kepimpinan empat peringkat cawangan UMNO Negeri Sembilan pada Ahad adalah bagi memperincikan hala tuju strategik parti bagi mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN)

Dalam pada itu, beliau menegaskan, parti berkenaan tidak akan mencampuri krisis di negeri itu yang melibatkan Institusi Raja dan Dewan Keadilan Undang (DKU).

Sebaliknya, BN memberi tumpuan kepada pengukuhan jentera parti bagi menghadapi PRN.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.