Malaysia tuan rumah AMMSTI-23 pada 2027

Foto MOSTI

VIENTIANE, 29 Jun – Malaysia bakal menjadi tuan rumah Mesyuarat Menteri-Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ASEAN ke-23 (AMMSTI-23) pada Jun 2027.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penyerahan tugas disahkan pada penghujung AMMSTI-22.
  • Malaysia komited menerajui inisiatif serantau berimpak tinggi, menurut Menteri Datuk Chang Lih Kang.
  • Visi mempercepat penyelesaian berasaskan inovasi memberi manfaat langsung kepada hampir 700 juta penduduk ASEAN.
  • Malaysia akan tumpu pembangunan bakat, teknologi mendalam dan kerjasama erat selaras Visi Komuniti ASEAN 2045 dan Pelan Strategik 2026-2030.

Penyerahan tugas tersebut disahkan pada penghujung AMMSTI ke-22 yang berlangsung di sini hari ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Chang Lih Kang menerusi satu kenyataan menegaskan komitmen Malaysia untuk menerajui inisiatif serantau berimpak tinggi selaku bakal tuan rumah.

“Malaysia menerima kepimpinan AMMSTI pada tahun 2027 dengan visi yang jelas iaitu untuk mempercepat penyelesaian berasaskan inovasi yang memberi manfaat secara langsung kepada hampir 700 juta penduduk ASEAN.

Sains, teknologi dan inovasi (STI) bukan lagi satu pilihan, malah menjadi asas kepada daya tahan serantau, keselamatan makanan dan kesiapsiagaan masa hadapan kita,” katanya.

Jelas beliau, sebagai persediaan Malaysia akan memberi tumpuan kepada pembangunan bakat, teknologi mendalam dan kerjasama erat dengan rakan ASEAN menjelang AMMSTI-23.

“Komitmen ini selaras dengan Visi Komuniti ASEAN 2045 dan Pelan Strategik Komuniti Ekonomi ASEAN 2026-2030,” jelasnya menerusi kenyataan tersebut.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.