Kerajaan setuju lanjut perjanjian dengan Ocean Infinity kesan pesawat MH370

Foto arkib pencarian pesawat MH370/ RTM

KUALA LUMPUR, 29 Jun – Jemaah Menteri melanjutkan Perjanjian antara Kerajaan Malaysia dan Syarikat Ocean Infinity United Kingdom bagi meneruskan usaha pencarian dasar laut pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perjanjian perlanjutan berkuat kuasa 1 Julai hingga 30 Jun 2027 bagi meneruskan usaha pencarian dasar laut MH370.
  • Terma 'no find, no fee' kekal; pembayarannya AS$70 juta hanya jika bangkai pesawat berjaya dijumpai.
  • Baki kawasan 7,428.54 km2 akan diselesaikan; aset Ocean Infinity dijadual semula November hingga April untuk keselamatan dan keberkesanan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dalam kenyataan memaklumkan, perlanjutan pencarian itu dicapai pada pada 26 Jun lalu dan akan berkuat kuasa bermula 1 Julai hingga 30 Jun 2027.

“Ia merupakan manifestasi komitmen berterusan kerajaan dalam memberikan ‘closure’ yang amat dinantikan oleh keluarga waris. “Antara perjanjian perlanjutan ini merupakan pengekalan terma dan syarat utama dalam perjanjian sedia ada dengan menggunakan prinsip ‘no find, no fee’.

“Sekiranya tiada sebarang bangkai pesawat yang ditemui, maka kerajaan Malaysia tidak perlu mengeluarkan sebarang bayaran. Namun, sebuah pembayaran berjumlah AS$ 70 juta akan dibayar kepada Ocean Infinity sekiranya pesawat berjaya dijumpai,” ujar Loke.

Kelulusan perlanjutan tempoh itu bertujuan membolehkan baki kawasan pencarian seluas 7,428.54 kilometer persegi diselesaikan sepenuhnya syarikat berkenaan.

“Langkah ini turut mengambil kira komitmen kontrak komersial baharu yang diterima oleh Ocean Infinity yang memerlukan aset utama operasi sedia ada ditugaskan semula ke lokasi lain buat sementara waktu,” tambah kenyataan itu.

Penugasan dan penjadualan semula aset tersebut hanya boleh dibuat bermula November depan hingga April 2027 iaitu semasa musim keadaan laut tidak bergelora bagi menjamin keselamatan serta keberkesanan pencarian.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.