Kebakaran Kampung Cina, Kota Bharu musnahkan 27 rumah

FOTO RTM

KOTA BHARU, 8 Jun Kemusnahan rumah milik penduduk akibat kebakaran di Kampung Cina, Kota Bharu tengah hari tadi meningkat kepada 27 buah rumah.

RINGKASAN BERITA AI
  • 18 buah rumah berjaya diselamatkan oleh anggota bomba.
  • Kebakaran menjejaskan kira-kira 130 keluarga di kawasan berkenaan.
  • Secara keseluruhan terdapat 45 buah rumah penduduk di kawasan itu.

Menurut Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Zazuki Shafei, 18 buah rumah di kawasan sekitar itu berjaya diselamatkan.

“Kebakaran itu menjejaskan kira-kira 130 keluarga.

“Secara keseluruhan terdapat 45 buah rumah penduduk di kawasan berkenaan,” katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu, media melaporkan sebanyak 15 buah rumah kediaman musnah dalam kebakaran di Kampung Cina pukul 12.34 tengah hari tadi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.