
KUCHING, 23 September – Seorang lelaki tempatan didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuching selepas didapati memiliki minyak diesel tanpa lesen.
- Hasil jualan 650 liter diesel bernilai RM2,509 diperintahkan menjadi hasil Kerajaan.
- Barang kes lain dilucutkan dan dilupuskan oleh pihak pendakwaan.
- Pendakwaan dijalankan KPDN Sarawak di hadapan Hakim Mursyida Abd Halim, menurut Pengarah KPDN Sarawak Matthew Dominic Barin.
- Kejadian dikesan semasa Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) pada 16 Mac.
Mahkamah Sesyen 4 Kuching turut memerintahkan hasil jualan 650 liter minyak diesel bernilai RM2,509 dijadikan hasil kerajaan, manakala barang kes lain dilucutkan dan dilupuskan pihak pendakwaan.
Menurut Pengarah KPDN Sarawak, Matthew Dominic Barin, pendakwaan terhadap lelaki berkenaan dilakukan KPDN Sarawak pagi tadi di hadapan Hakim Mursyida Abd Halim.
Pertuduhan dibuat mengikut Peraturan 3(1), Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, dibaca bersama Seksyen 21, Akta Kawalan Bekalan 1961.
Lelaki berkenaan dikesan memiliki minyak diesel terbabit ketika Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) pada 16 Mac lalu.