
SEREMBAN, 17 Mei – Pasukan Negeri Sembilan FC menamatkan saingan Liga Super 2025/2026 di tangga ketujuh selepas berjaya meraih tiga mata dengan menumpaskan Kelantan The Real Warriors (TRW) dalam aksi terakhir di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Sabtu.
- Tuan rumah membuka jaringan seawal minit ke-9 melalui tandukan Ahmad Khuzaimi Piee, disusuli gol Mio Tsuneyasu pada minit ke-12.
- Kelantan merapatkan jurang menerusi Muhammad Asraf Aliffuddin Yasin pada minit ke-28; Esso gagal menyempurnakan penalti sebelum tamat separuh masa pertama.
- Separuh masa kedua berakhir tanpa jaringan; Kelantan di tempat kedua tercorot dengan 15 mata, Negeri Sembilan mengumpul 29 mata.
Skuad Hobin Jang Hobin memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri dan beraksi agresif sejak awal permainan dengan beberapa percubaan berbahaya.
Tuan rumah membuka jaringan seawal minit kesembilan menerusi tandukan Ahmad Khuzaimi Piee yang gagal diselamatkan penjaga gol lawan, Mohammad Fikri Che Soh.

Negeri Sembilan FC terus garang dan menambah jaringan menerusi Mio Tsuneyasu pada minit ke-12 untuk kedudukan 2-0.
Pelawat berjaya merapatkan jurang menerusi Muhammad Asraf Aliffuddin Yasin pada minit ke-28.
Tuan rumah turut berpeluang menambah jaringan, namun sepakan penalti yang diperoleh gagal disempurnakan Esso sebelum tamat separuh babak pertama.
Bersambung babak kedua, Negeri Sembilan FC yang dibimbing K Rajan meningkatkan serangan, namun Kelantan TRW berjaya mempertahankan kubu mereka daripada terus dibolosi.

Separuh masa kedua berakhir tanpa sebarang gol dan kedudukan 2-1 kekal hingga wisel penamat.
Keputusan itu menyaksikan Kelantan TRW mengakhiri saingan liga di tempat kedua tercorot dengan hanya 15 mata selepas 24 perlawanan.
Negeri Sembilan FC pula mengumpul 29 mata hasil enam kemenangan, 11 keputusan seri dan tujuh kekalahan.