Imigresen FC, Melaka FC akhiri saingan Liga Super 2025/2026 dengan keputusan seri

Imigresen FC dan Melaka FC terikat 1-1 dalam perlawanan di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis. – Foto MFL

KANGAR, 17 Mei – Perlawanan terakhir Liga Super 2025/2026 membabitkan Imigresen FC (IFC) dengan Melaka FC menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata selepas terikat 1-1 di Stadium Tuanku Syed Putra pada Sabtu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Fayadh Zulkifli membuka jaringan pada minit 46.
  • Dino Kalesic menyamakan pada minit 60; Eduardo Sosa diarah keluar pada minit 64, menjejaskan momentum Imigresen.
  • Imigresen tamat liga di tempat keenam dengan 32 mata; Melaka di tangga ke-11 dengan 19 mata.

Dalam perlawanan itu, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi seimbang pada separuh masa pertama, sebelum tuan rumah berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-46 menerusi Fayadh Zulkifli.

Antara aksi membabitkan Imigrsen FC menentang Melaka FC. – Foto MFL

Pelawat bagaimanapun tidak berputus asa dan berjaya menyamakan kedudukan melalui jaringan Dino Kalesic pada minit ke-60.

Imigresen FC di bawah bimbingan Yusri Che Lah berusaha untuk menambah jaringan, namun momentum mereka sedikit terjejas apabila pemain importnya Eduardo Jose Sosa diarah keluar padang oleh pengadil Muhammad Nazmi Nasaruddin pada minit ke-64, selepas dilayangkan kad kuning kedua.

Melaka FC gagal memanfaatkan kelebihan itu dan keputusan 1-1 terikat hingga tamat perlawanan.

Imigresen FC menamatkan saingan liga di tangga keenam, manakala Melaka FC ketiga tercorot. – Foto MFL

Keputusan itu menyaksikan IFC menamatkan saingan liga di tangga keenam dengan meraih 32 mata hasil daripada 24 perlawanan.

Melaka FC pula menghuni tangga kesebelas liga dengan hanya 19 mata hasil daripada empat kemenagan, tujuh seri dan 13 kekalahan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.