Piala Dunia Takraw: Malaysia tumpaskan Jepun acara regu

Malaysia mudah menumpaskan Jepun 2-0 dalam acara regu Kumpulan A Piala Dunia Takraw 2026 di Stadium Titiwangsa – Foto PSM

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Malaysia memulakan perlawanan pertama acara regu dengan kemenangan straight set 2-0 ke atas Jepun dalam aksi Kumpulan A Piala Dunia Sepak Takraw 2026 di Stadium Titiwangsa pada Sabtu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Barisan negara: Farhan Adam (kapten), Mohamad Azlan (perejam), Mohammad Syahir (tekong); Muhammad Haziq dan Muhammad Noraizat sebagai pemain simpanan.
  • Set pertama dimenangi 15-4; Muhammad Haziq masuk menggantikan Mohammad Syahir pada mata ke-12.
  • Set kedua 15-13; Mohamad Azlan diganti Muhammad Noraizat pada mata ke-10, Jepun tunjuk permainan lebih agresif.
  • Malaysia akan menentang Singapura Isnin ini untuk merebut gelaran Kumpulan A acara regu.

Skuad negara dibarisi Farhan Adam selaku kapten, Mohamad Azlan Alias (perejam) serta Mohammad Syahir Mohd Rosdi (tekong)

Muhammad Haziq Hairul Nizam dan Muhammad Noraizat Mohd Nordin pula sebagai pemain simpanan.

Skuad Malaysia yang beraksi dalam acara regu menentang Jepun – Foto PSM

Jepun diwakili Mito Ikki (kapten), Takata Shuma (perejam) dan Tamaki Daishi (tekong), manakala Sasamoto Masaki dan Yuasa Shun sebagai pemain simpanan

Barisan pemain Jepun yang beraksi dalam acara regu menentang Malaysia – Foto PSM

Trio negara mudah menumpaskan lawan di set pertama dengan kemenangan 15-4.

Terdahulu Muhammad Haziq masuk menggantikan Mohammad Syahir ketika Malaysia mendahului pada mata ke-12 di set pertama.

Malaysia menang 15-4, 15-13 ke atas Jepun dalam acara regu – Foto PSM

Set kedua menyaksikan Mohamad Azlan digantikan dengan Muhammad Noraizat Mohd Nordin pada mata ke-10 Malaysia.

Jepun turut memberikan saingan sengit di set kedua dengan mempamerkan corak permainan lebih agresif selepas Sasamoto Masaki masuk menggantikan Tamaki Daishi di posisi tekong.

Jepun memberikan saingan sengit di set kedua – Foto PSM

Namun Malaysia berjaya menewaskan Jepun dengan mata 15-13 dalam perlawanan yang mengambil masa keseluruhan 45 minit.

Malaysia akan menentang Singapura pada Isnin bagi memburu juara Kumpulan A dalam acara regu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.