
KUALA LUMPUR, 14 April– Skuad muda negara terpaksa akur dengan kehebatan Vietnam selepas tewas 0-4 dalam aksi Kejuaraan Bawah 17 Tahun (B-17) ASEAN yang berlangsung di Gresik, Jawa Timur, Indonesia, pada Isnin (13 April).
- Vietnam memulakan penguasaan awal dengan dua jaringan Le Sy Bach dan gol Nguyen Van Duong sebelum rehat.
- Malaysia gagal mengekang asakan, sekali lagi dibolosi oleh Nguyen Manh Cuong pada minit ke-56 di separuh masa kedua.
- Kekalahan ini menjejaskan cabaran negara; skuad senior sebelum ini turut tewas 0-33 kepada Vietnam dalam kelayakan Piala Asia.
Pasukan lawan memulakan penguasaan seawal babak pertama menerusi dua jaringan Le Sy Bach pada minit ke-12 dan ke-28, sebelum Nguyen Van Duong menambah duka Malaysia dengan gol ketiga pada minit ke-39.
Meskipun cuba bangkit memperkemas permainan di separuh masa kedua, gawang negara sekali lagi dibolosi oleh Nguyen Manh Cuong pada minit ke-56.
Keputusan itu menyaksikan cabaran skuad negara sedikit terganggu selepas gagal mengekang asakan bertali arus pasukan “Naga Emas”, yang berjaya mendahului 3-0 sebelum waktu rehat.
Berdasarkan rekod, keputusan tersebut menyusul selepas skuad senior negara turut mengalami kekalahan 0-3 kepada Vietnam dalam aksi kelayakan Piala Asia di tempat lawan, baru-baru ini.
Kali terakhir Malaysia pernah mencatatkan kemenangan besar 4-0 ke Vietnam, pada Jun tahun lalu.
Bagaimanapun, keputusan perlawanan tersebut kemudiannya dibatalkan atas faktor teknikal membabitkan status pendaftaran pemain warisan palsu.