
PUTRAJAYA, 2 April – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu terus memperkukuh penguatkuasaan serta meningkatkan kualiti perkhidmatan.
- Menjaga keyakinan rakyat terhadap JPJ sebagai keutamaan.
- JPJ telah memainkan peranan penting selama lapan dekad memastikan sistem pengangkutan teratur dan selamat.
- Kompleksiti jalan raya menuntut ketelitian, akauntabiliti dan kecekapan berterusan.
- Hargai komitmen warga JPJ; teruskan dedikasi dan integriti demi keselamatan serta kesejahteraan negara.
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, langkah itu penting bagi memastikan keyakinan rakyat kekal terpelihara.
Beliau menyatakan perkara itu menerusi hantaran di Facebook rasminya bersempena Sambutan Ulang Tahun ke-80 JPJ, semalam.
“Selama lapan dekad, JPJ telah memainkan peranan penting dalam memastikan sistem pengangkutan negara berjalan teratur dan selamat, selari keperluan rakyat dan perkembangan semasa,” katanya.
Tambah beliau lagi, dalam keadaan jalan raya yang semakin kompleks, tanggungjawab tersebut menuntut ketelitian, akauntabiliti dan kecekapan berterusan.
“Saya menghargai komitmen seluruh warga JPJ yang terus berkhidmat dengan penuh dedikasi dan integriti.
Semoga institusi ini terus teguh dalam melaksanakan amanahnya demi keselamatan dan kesejahteraan negara,” ujar beliau lagi.