AS, China wujudkan saluran komunikasi, tangani insiden AI

Foto AFP

WASHINGTON, 26 September – Amerika Syarikat (AS) dan China bersetuju mewujudkan saluran komunikasi berkaitan kecerdasan buatan (AI) bagi mengawal dan menangani sebarang insiden melibatkan teknologi berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perbincangan merangkumi AI, hal ehwal perdagangan dan konflik Iran; kedua pemimpin akan bertemu semula pada sidang kemuncak November dan Disember.
  • Ditubuhkan Dialog Kecerdasan Super AS-China untuk bertukar pandangan mengenai risiko dan manfaat teknologi, perbincangan dijadualkan selewat-lewatnya November.
  • Xi menegaskan AI harus dibangunkan dan diurus di bawah kawalan manusia demi kepentingan bersama.

Perkara tersebut dimaklumkan White House selepas Presiden Donald Trump dan Presiden Xi Jinping mengakhiri pertemuan dua hala mereka di Washington pada Jumaat.

Kedua-dua pemimpin turut membincangkan pelbagai isu termasuk perkembangan AI, hal ehwal perdagangan serta konflik di Iran, selain mengesahkan mereka akan bertemu kembali dalam dua sidang kemuncak antarabangsa di China dan AS masing-masing pada November dan Disember.

White House berkata, kedua-dua negara turut bersetuju menubuhkan Dialog Kecerdasan Super AS-China, bagi bertukar pandangan mengenai risiko dan manfaat teknologi berkenaan, dengan perbincangan seterusnya dijadualkan berlangsung selewat-lewatnya November depan selain bersetuju mewujudkan saluran komunikasi dua hala bagi insiden melibatkan kecerdasan super.

Xi mengambil pendekatan untuk lebih berhati-hati mengenai perkembangan AI dengan menegaskan bahawa teknologi itu perlu dibangunkan dan diuruskan bawah kawalan manusia demi kepentingan bersama.

“Kita mempunyai keupayaan dan tanggungjawab untuk membangunkan serta mengurus AI demi kebaikan dan memastikan pembangunan AI sentiasa berada di bawah kawalan manusia,” katanya di White House pada Khamis.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.