China, AS capai konsensus tarif bagi barangan bukan sensitif

Foto AFP

ISTANBUL, 26 September – China dan Amerika Syarikat (AS) mencapai konsensus mengenai “cadangan bagi layanan tarif yang lebih menguntungkan” melibatkan barangan bukan sensitif bernilai US$30 bilion bagi setiap hala.

RINGKASAN BERITA AI
  • Trump menggesa China tingkatkan pengeluaran produk petroleum ditapis untuk membantu menstabilkan bekalan tenaga global.
  • China akan mengimport sekurang-kurangnya 10 juta tan metrik arang batu dari Amerika Syarikat pada 2027 dan 2028.
  • Menubuhkan Lembaga Pelaburan serta usaha bersama untuk atasi halangan pelaburan dan selesaikan kebimbangan rantaian bekalan nadir bumi.

Perkara tersebut dimaklumkan White House pada lewat Jumaat, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Pengumuman itu dibuat selepas Presiden China Xi Jinping menamatkan lawatan tiga hari ke AS bersama isterinya, Peng Liyuan.

Lawatan itu merupakan lawatan negara pertama Xi ke Washington dalam tempoh lebih sedekad dan lawatan keduanya ke AS sejak 2015.

Trump menggesa Xi meningkatkan pengeluaran produk petroleum ditapis bagi membantu menstabilkan bekalan global, menurut kenyataan itu.

Dalam aspek ekonomi, satu kumpulan kerja ditubuhkan bagi menangani “halangan akses pasaran” dalam sektor pertanian.

Bagi eksport AS, barangan berkenaan termasuk produk pertanian, ikan dan makanan laut, kayu balak dan produk kayu, kosmetik serta peranti perubatan.

Bagi import AS, ia termasuk produk pengguna seperti perkakas elektrik kecil, mainan, hiasan perayaan dan kerusi keselamatan kanak-kanak dalam kenderaan.

“China akan mengimport sekurang-kurangnya 10 juta tan metrik arang batu dari Amerika Syarikat pada 2027 dan sekali lagi pada 2028,” menurut White House

Kenyataan itu memaklumkan kedua-dua pihak menubuhkan Lembaga Pelaburan untuk membincangkan peluang pelaburan berpotensi serta halangan berkaitan pelaburan, selain “menyediakan saluran berstruktur bagi kedua-dua pihak menangani isu berkaitan pelaburan yang mempunyai kepentingan komersial.”

Kedua-dua pihak “terus berusaha menangani kebimbangan AS mengenai kekurangan rantaian bekalan berkaitan nadir bumi dan mineral kritikal lain, dengan matlamat memastikan tahap penghantaran kembali ke paras yang sewajarnya,” menurut kenyataan itu.- BERNAMA-ANADOLU

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.