
KANGAR, 7 Mac – Pemantauan lebih berfokus dilaksana Kompeni C Batalion 2 Pasukan Gerakan Am, PGA Padang Besar sepanjang Ramadan dan menjelang Aidilfitri.
- Pemantauan 24 jam dilaksanakan untuk mengekang pencerobohan masuk ke negara.
- Kesiapsiagaan melibatkan pemantauan jalan dan pagar keselamatan di sempadan.
- Anggota bersiap sedia memastikan pos sekatan kekal terkawal sepanjang operasi.
- Universiti Malaysia Perlis menyantuni pasukan melalui Program Singgah Sahur sebagai penghargaan.
Kesiapsiagaan itu melibatkan jalan-jalan dan pagar keselamatan di sempadan negara.
Komander Kompeni C, PGA Padang Besar, Asisten Superintenden Meor Abdul Khalil Abdul Azid memaklumkan pemantauan 24 jam itu juga antara lain bagi mengekang pencerobohan masuk ke negara ini.
“Kesemua anggota dengan kekuatan lebih kurang 67 orang bersiap siaga memastikan pos sekatan kekal terkawal.
“Khidmat kami terus diperkukuh sepanjang Ramadan dan Aidilfitri,”katanya.
Sebagai menghargai jasa serta pengorbanan pasukan keselamatan, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), mengambil inisiatif menyantuni mereka dalam Program Singgah Sahur.