SelangorFM ungguli Anugerah Penyiaran Radio Terbaik

Foto SelangorFM

SHAH ALAM, 18 September – SelangorFM menerima pengiktirafan menerusi Anugerah Penyiaran Radio Terbaik pada Malam Gala Sinergi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) & Media 2026 yang berlangsung di sini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Nor Azarida Mahad, penerbit slot Kita Selangor, memenangi tempat pertama Anugerah Penyiaran Radio Terbaik dan menerima hadiah wang tunai RM1,500.
  • Norain Muftarharuddin menduduki tempat kedua menerima hadiah wang tunai RM1,000; Zanariah Zainal Abidin tempat ketiga kategori televisyen menerima RM500.
  • Datuk Bandar Datuk Zabedah Safar tekankan peranan media menyampaikan maklumat tepat dengan integriti serta MBSA komited memberi maklum balas bertanggungjawab kepada komuniti.

Tempat pertama anugerah berkenaan dimenangi Penerbit Rancangan, Nor Azarida Mahad bagi slot Kita Selangor yang menerima hadiah wang tunai RM1,500.

Sementara itu, tempat kedua pula dimenangi Norain Muftarharuddin dengan hadiah wang tunai RM1,000.

Seterusnya, bagi Anugerah Penyiaran Televisyen Terbaik kategori agensi media, tempat ketiga dimenangi Zanariah Zainal Abidin yang menerima hadiah wang tunai RM500.

Menurut Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zabedah Safar, pengiktirafan tersebut bertujuan mengangkat peranan media dalam memastikan maklumat disampaikan kepada masyarakat dengan tepat dan berkesan.

“Kita memahami peranan media yang perlu dilaksanakan dengan integriti dan penuh bertanggungjawab.

“Bagi pihak MBSA, kami akan sentiasa memberikan maklum balas berintegriti dan bertanggungjawab. Maklumat atau penjelasan demi kefahaman kepada komuniti di Shah Alam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Malam Gala Sinergi MBSA & Media 2026 di sini malam ini.

Mengulas lanjut katanya, media terus memainkan peranan penting sebagai penghubung antara MBSA dengan komuniti khususnya dalam menyampaikan maklumat berkaitan perkhidmatan, pembangunan dan inisiatif pihak berkuasa tempatan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.