PM seru rakyat bersama-sama tangani jerebu, urus tenaga dengan cermat

Datuk Seri Anwar bersama kariah Surau Nur Perdana di Presint 10, Putrajaya /Foto Pejabat Perdana Menteri

KUALA LUMPUR, 18 September – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat agar bersama-sama memainkan peranan menangani bencana jerebu yang semakin membimbangkan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan akan terus berikhtiar mencari jalan penyelesaian bagi menangani masalah jerebu demi kemaslahatan masyarakat.
  • Perdana Menteri menunaikan solat hajat bersama kariah di Surau Nur Perdana selepas solat Jumaat memohon pertolongan Allah.
  • Beliau mengajak rakyat mengurus penggunaan tenaga dengan cermat supaya setiap orang memainkan peranan sebaiknya.
  • Kerajaan akan terus bekerja membela dan melindungi semua semasa usaha pemulihan daripada bencana jerebu.

Beliau berkata, kerajaan akan terus berikhtiar mencari jalan penyelesaian bagi menangani masalah berkenaan, demi kemaslahatan masyarakat.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri memaklumkan beliau turut menunaikan solat hajat bersama dengan kariah sejurus menunaikan solat Jumaat di Surau Nur Perdana, Precint 10 di Putrajaya, hari ini, bagi memohon pertolongan Allah SWT agar negara segera pulih daripada bencana itu.

Pada masa sama, Datuk Seri Anwar mengajak rakyat supaya mengurus penggunaan tenaga dengan cermat.

“Saya juga mahu mengajak kesemua kita untuk sama-sama mengurus penggunaan tenaga pada saat ini, dengan secermat yang mungkin agar setiap kita memainkan peranan sebaiknya, di samping saya di pihak kerajaan bekerja terus membela dan melindungi semua,” kata Perdana Menteri.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.