Tuntutan palsu PERKESO: Pemilik syarikat mengaku tidak bersalah

Gambar hiasan / RTM

KUALA LUMPUR 18 September – Seorang pemilik syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Jenayah di sini hari ini atas tiga pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM25,500 kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi mendapatkan bayaran insentif di bawah Program Daya Kerjaya 2.0.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tertuduh, Chong Min, 52, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
  • Didakwa melakukan kesalahan antara 2024 dan 2025.
  • Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
  • Mahkamah benarkan ikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin; arah serahkan pasport dan lapor diri setiap bulan.

Tertuduh, Chong Min, 52, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Kanageswari Nallah.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara 2024 dan 2025 bagi mendapatkan bayaran insentif di bawah program berkenaan.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rais Adha Ramli, manakala tertuduh diwakili peguam bela K. Bharathi daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut mengarahkan tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM terdekat setiap bulan.

Kes disebut semula pada 20 Oktober ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.