
KLUANG, 19 September – Seorang lelaki warga emas maut, dalam nahas melibatkan dua buah kereta di kilometer 10, Jalan Kluang-Teck Wah Heng, Kluang, Johor, semalam.
- Isteri mangsa Tjihin Sioe Lan, 70, dirawat di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom selepas mengalami kecederaan parah.
- Seorang lagi mangsa pemandu, Lee Yong Wei, 26, turut menerima rawatan di hospital yang sama.
- Siasatan awal mendapati kereta pemandu Lee hilang kawalan, memasuki laluan bertentangan dan bertembung; kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mangsa, Tai Ah Kau@Tai Soo Poh, 77, yang mengalami kecederaan parah, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Isteri mangsa, Tjihin Sioe Lan, 70 pula sedang menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang selepas mengalami kecederaan parah.
Seorang lagi mangsa yang memandu kereta berasingan, Lee Yong Wei, 26 tahun juga dirawat di hospital sama.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Superintenden Nik Mohd Azmi Husin, siasatan awal mendapati nahas berpunca daripada kereta dipandu Yong Wei yang hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.
Kenderaan itu kemudiannanya bertembung dengan kereta dipandu mangsa yang dalam perjalanan ke Simpang Renggam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) AKta Pengangkutan Jalan 1987.