
PARIS, 22 Oktober – Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, meneruskan kempen cemerlang di kejohanan BWF Terbuka Perancis 2026 selepas mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terbaik, malam tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- Tampil bertenaga menewaskan pasangan pilihan China He Ji Ting dan Ren Xiang Yu.
- Perlawanan selesai dalam 37 minit dengan kemenangan set terus 21-15, 21-19.
- Kemenangan melebarkan kelebihan rekod pertemuan kepada 3-2 memihak kepada pasangan Malaysia.
Bekas juara dunia itu tampil bertenaga apabila menumpaskan pasangan pilihan dari China, He Ji Ting dan Ren Xiang Yu dalam perlawanan yang berlangsung di Arena Grand Paris, Tremblay-en-France, di sini.
Gandingan berpengalaman negara itu hanya memerlukan masa 37 minit, bagi menguasai perlawanan dengan kemenangan straight-set 21-15, 21-19.
Kemenangan itu turut melebarkan kelebihan rekod pertemuan kepada 3-2 memihak kepada pasangan Malaysia.