Terbuka Perancis: Wei Chong-Kai Wun bangkit jinakkan beregu Jepun

Foto Facebook BAM

PARIS, 22 Oktober – Pasangan beregu lelaki negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun, bangkit daripada ketinggalan set pertama sebelum mengesahkan slot ke pusingan 16 terbaik pada kejohanan BWF Terbuka Perancis 2026, malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Beregu negara berada di ranking ke-11 dunia.
  • Menewaskan gandingan Jepun Kakeru Kumagai dan Hiroki Nishi.
  • Kemenangan tiga set 18-21, 21-15, 21-17 dicatat dalam masa 55 minit.

Beregu ranking ke-11 dunia itu berdepan tentangan sengit sebelum berjaya menewaskan gandingan dari Jepun, Kakeru Kumagai dan Hiroki Nishi, menerusi pertarungan tiga set 18-21, 21-15, 21-17 pada aksi pusingan 32 terbaik.

Pasangan negara mengambil masa 55 minit untuk menundukkan beregu Jepun berkenaan sekali gus menempah tiket ke pusingan seterusnya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.