
RIYADH, 22 Oktober – Gabungan pimpinan Arab Saudi yang menentang kumpulan Houthi di Yaman mengesahkan telah memintas dan memusnahkan enam dron yang dilancarkan ke wilayah kerajaan itu, termasuk di kawasan berhampiran kota suci Madinah.
- Empat dron pertama dipintas di Wilayah Timur dan kawasan Madinah, menurut jurucakap pakatan Turki al-Malki.
- Dron kelima disahkan dipintas di Wilayah Timur, diikuti pengumuman dron keenam dimusnahkan pada malam Rabu.
- Jurucakap tentera Houthi Yahya Saree menafikan penglibatan dan berkata tiada operasi dilancarkan jauh ke dalam wilayah Arab Saudi.
Jurucakap pakatan gabungan, Turki al-Malki menerusi hantaran di platform X memaklumkan bahawa empat dron pertama berjaya dipintas di Wilayah Timur serta kawasan Madinah.
Beliau kemudiannya mengesahkan pintasan dron kelima di Wilayah Timur, sebelum mengumumkan dron keenam yang dilancarkan oleh kumpulan Houthi turut berjaya dimusnahkan pada malam Rabu.
Bagaimanapun, jurucakap tentera Houthi, Yahya Saree menafikan penglibatan pasukannya dan menegaskan tiada sebarang operasi dilancarkan jauh ke dalam wilayah Arab Saudi.- AFP