Pengawal keselamatan maut, motosikal dirempuh MPV

Foto RTM

KUCHING, 18 September – Seorang pengawal keselamatan maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh dari arah belakang di Jalan Batu Kawa – Bau, di sini pada Jumaat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa dikenali sebagai Nady Incheh, 56 tahun.
  • MPV dipandu lelaki berusia 63 tahun bersama seorang penumpang, dilaporkan hilang kawalan.
  • Kenderaan itu melanggar motosikal di lorong kanan; mangsa tercampak ke pembahagi jalan.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurut Ketua Polis Daerah Padawan, Pemangku Superintenden Barry William, mangsa Nady Incheh, 56 tahun dipercayai dalam perjalanan menuju ke Bau sebelum dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang datang dari arah belakang.

Siasatan awal mendapati, MPV yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 63 tahun bersama seorang penumpang itu hilang kawalan dan merempuh motosikal mangsa yang berada di lorong kanan.

Akibat rempuhan tersebut, mangsa tercampak ke pembahagi jalan. Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.