GPPPKMM puji program BARAKAT, BERKAT

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 6 Januari – Langkah kerajaan memperkenalkan dua program pembiayaan khas sempena musim perayaan disifatkan tepat pada masanya dalam membantu penjaja dan peniaga kecil yang berdepan cabaran aliran tunai serta peningkatan kos perniagaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • GPPPKMM mengucap terima kasih kepada Menteri Steven Sim atas pengumuman program BARAKAT dan BERKAT.
  • Kedua-dua skim tawarkan pinjaman hingga RM30,000 dengan kadar keuntungan tiga peratus setahun.
  • Tempoh bayaran balik sehingga 12 bulan dijangka bantu ribuan peniaga kecil di seluruh negara.
  • Permintaan agar pelaksanaan dijalankan secara telus dan inklusif demi manfaat semua peniaga.

Gabungan Persatuan-persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM) menerusi kenyataan merakamkan penghargaan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong atas pengumuman Skim Biaya Ramadhan Perniagaan Rakyat (BARAKAT) dan Program Pembiayaan Khas Perusahaan Mikro Milikan Cina (BERKAT).

“Kedua-dua program itu menawarkan pinjaman sehingga RM30,000 dengan kadar keuntungan tiga peratus setahun dan tempoh bayaran balik sehingga 12 bulan, sekali gus dijangka memberi manfaat kepada ribuan peniaga kecil di seluruh negara.

“Inisiatif tersebut mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam memperkasa peniaga kecil yang menjadi tulang belakang ekonomi rakyat, khususnya menjelang musim perayaan,” menurut kenyataan itu.

Pelaksanaan program berkenaan turut diharap dapat dilaksanakan secara telus dan inklusif supaya manfaatnya dapat dinikmati semua peniaga kecil tanpa mengira latar belakang.