Kadar antara bank ditutup stabil susulan operasi BNM

RINGKASAN BERITA AI
  • Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil susulan operasi BNM menyerap lebihan mudah tunai dari sistem kewangan.
  • Lebihan mudah tunai konvensional susut kepada RM36.70 bilion, manakala kecairan dana Islam turun kepada RM21.30 bilion.
  • BNM menjalankan dua tender pasaran wang sehari, termasuk tender Murabahah, dan MYOR-i tercatat pada 2.75 peratus.

KUALA LUMPUR, 6 Januari – Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional jatuh kepada RM36.70 bilion berbanding RM39.21 bilion yang dicatatkan pagi ini, manakala kecairan dalam dana Islam susut kepada RM21.30 bilion daripada RM24.25 bilion.

Awal hari ini, bank pusat itu mengeluarkan dua tender repo berbalik.

Pada 4 petang, BNM menjalankan tender pasaran wang konvensional sebanyak RM36.70 bilion dan tender pasaran wang Murabahah berjumlah RM21.30 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus menjelang 5 Jan 2026.- BERNAMA