Sinner pertahan kejuaran Six Kings Slam

RIYADH, 19 Oktober – Pemain tenis nombor dua dunia, Jannik Sinner menjuarai saingan Six Kings Slam menumpaskan Carlos Alcaraz 6-2, 6-4.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sinner menewaskan Carlos Alcaraz 6-2, 6-4 untuk menjuarai Six Kings Slam.
  • Sinner bermain agresif, menguasai jaring dan menggunakan backhand serta drop shot efektif.
  • Kemenangan mengekalkan gelaran Sinner dan membawa pulang hadiah wang sekitar $6 juta.

Sinner memulakan set pertama dengan pukulan backhand tajam dan drop shot bijak untuk mendominasi permainan.

Alcaraz cuba bangkit di set kedua, namun Sinner terus unggul dengan permainan agresif di jaring.

Kemenangan ini menyaksikan Sinner bukan sahaja mempertahankan kejuaraan edisi kedua kejohanan, tetapi turut membawa pulang hadiah lumayan sekitar $6 juta dolar.

Saingan turut menampilkan bintang lain seperti Novak Djokovic, Taylor Fritz, Alexander Zverev, dan Stefanos Tsitsipas.