Sepanyol perketat pemantauan Hantavirus, risiko kepada awam masih rendah

Tiba di Pelabuhan Granadilla, Sepanyol

MADRID, 9 Mei – Kapal persiaran MV Hondius yang dikaitkan dengan penularan hantavirus dijangka tiba di Pelabuhan Granadilla, Tenerife, Sepanyol awal pagi Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pihak berkuasa akan jalankan pemeriksaan kesihatan penumpang untuk mengenal pasti individu bergejala segera.
  • Semua penumpang akan turun dari kapal dengan memakai pelitup muka sebagai langkah pencegahan.
  • Sepanyol sahkan tiada kes baharu atau penularan tempatan dan risiko kepada orang awam masih rendah.

Menteri Kesihatan Sepanyol, Monica Garcia berkata pihak berkuasa akan menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap penumpang sebaik kapal itu tiba, termasuk memastikan individu bergejala dikenal pasti segera.

Beliau turut memaklumkan semua penumpang akan turun dari kapal dengan memakai pelitup muka sebagai langkah pencegahan.

Setakat ini, Sepanyol mengesahkan tiada kes baharu atau penularan tempatan berkaitan hantavirus, dan risiko kepada orang awam masih rendah.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang individu di Catalonia yang mempunyai kontak dengan wanita Belanda yang meninggal dunia akibat virus itu kini menjalani kuarantin di Hospital Clinic Barcelona.

Menurut pihak hospital, tempoh inkubasi Hantavirus boleh mencecah antara tiga hingga enam minggu, namun individu terbabit setakat ini tidak menunjukkan sebarang gejala.

Pihak berkuasa Sepanyol turut mengenal pasti dua lagi kontak yang menaiki penerbangan sama dengan penumpang Belanda yang meninggal dunia itu. / BERNAMA