fb fb fb fb fb

Terbuka Australia, Djokovic bakal kembali beraksi biarpun cedera

Foto Reuters

PERTH, 4 Januari- Bintang tenis dunia, Novak Djokovic dijangka kembali beraksi pada Terbuka Australia minggu depan biarpun berdepan isu kecederaan pergelangan tangan.

Kecederaan yang dialami Djokovic itu turut menyebabkan dia tewas dalam aksi suku akhir Piala United, di Perth, Australia.

Jelas beliau, kecederaan dialaminya itu tidak serius dan mampu pulih sebelum aksi Terbuka Australia pada 14 Januari ini.

"Keadaan emosi dan mental saya berkemungkinan tidak mencapai tahap 100%. Saya sendiri tidak menyangka akan terlibat dalam perlawanan seawal ini", jelas Djokovic.

Terdahulu, dalam aksi Piala United, Djokovic tewas menentang Alex de Minaur pada aksi suku akhir.

Dalam aksi tersebut, Djokovic sukar menyekat kemaraan lawannya sebelum tewas dengan keputusan 6-4, 6-4.

Itu juga adalah kekalahan pertama buat Djokovic di Australia sejak enam tahun dia menentang De Minaur.

Sementara itu, dalam dua lagi saingan turut menyaksikan Australia berjaya meraih kemenangan bergaya.

Dua kemenangan Australia itu diraih menerusi Ajla Tomljanovic menewaskan Natalija Stevanovic 6-1, 6-1

Australia turut meraih kemenangan menerusi gandingan Matt Ebden-Storm Hunter menewaskan pasangan Serbia, Olga Danilovic-Djokovic dengan keputusan 6-3, 6-3.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM