KUALA LUMPUR, 10 Oktober- Pemain profesional negara Lee Zii Jia mara ke suku akhir kejohanan badminton Terbuka Artik 2024 selepas menewaskan Yushi Tanaka dari Jepun, hari ini.
Pada aksi di Energia Areena, di Vantaa, Finland itu, Zii Jia mengambil masa 42 minit sebelum mengetepikan cabaran wakil Jepun di ranking ke-30 dunia 21-11, 21-18.
Perseorangan lelaki berusia 26 tahun itu dijangka berdepan pemenang dari perlawanan antara seorang lagi wakil Jepun Koki Watanabe dan Lu Guang Zu dari China
Turut menempat tiket suku akhir, beregu lelaki profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani yang mengetepikan kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura dari Jepun 21-16, 21-16.
Dalam aksi seterusnya, Sze Fai-Izzudin akan berdepan pilihan keempat dari Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.
Sementara itu, beregu campuran Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin menewaskan pilihan keenam dari Taiwan yang Po Hsuan-Hu Ling Fang 21-19, 21-12 untuk melangkah ke suku akhir.
Mereka akan berdepan satu lagi wakil negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie esok.