Filipina kuasai kategori terbuka Kuala Lumpur City Duathlon

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 30 September – Kuala Lumpur City Duathlon 2026 berlangsung meriah di Padang Merbok, pada 26 September lalu dengan menghimpunkan peserta kompetitif dan rekreasi dari dalam dan luar negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Franklin Ferdie Yee dari Filipina menang Terbuka Lelaki, catatan 59 minit 51 saat.
  • John Patrick Ciron, juga Filipina, tempat kedua Terbuka Lelaki dengan masa satu jam tujuh saat.
  • Lady Samantha Jhunace Corpuz dari Filipina juara Terbuka Wanita, masa satu jam 18 minit 29 saat.
  • Dianjurkan PRWM sebahagian Visit Malaysia 2026, larian dan berbasikal laluan bandar dengan sokongan CATS dan KBS, mengukuhkan kedudukan acara multisport kebangsaan.

Pada acara itu, Franklin Ferdie Yee dari Filipina mengungguli kategori Terbuka Lelaki dengan catatan masa 59 minit 51 saat, manakala rakan senegaranya, John Patrick Ciron meraih tempat kedua dengan catatan satu jam tujuh saat.

Bagi kategori Terbuka Wanita pula, Lady Samantha Jhunace Corpuz, juga dari Filipina muncul juara selepas mencatatkan masa terpantas satu jam 18 minit 29 saat.

Dianjurkan Persatuan Rekreasi Wilayah Malaysia (PRWM), acara edisi keempat berkenaan merupakan sebahagian daripada kalendar Visit Malaysia 2026 dan menampilkan cabaran larian, dan berbasikal dalam laluan bandar sekitar ibu negara.

Presiden PRWM, Mohd. Roslan Mohd. Rafi berkata, penganjuran di tengah-tengah Kuala Lumpur memberikan pengalaman unik kepada peserta apabila laluan perlumbaan menampilkan latar ikonik bandar raya berkenaan.

“Kuala Lumpur City Duathlon 2026 turut disertai peserta berpengalaman dalam sukan duathlon selain pelari dan pelumba basikal yang mahu mencuba cabaran baharu dalam acara multisport,” katanya.

Acara itu dianjurkan dengan kerjasama Cultural, Arts, Tourism & Sports (CATS) serta mendapat sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai acara sukan multisport peringkat kebangsaan.

Pelepasan peserta bermula pada pukul 7.00 pagi dan disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Shahuruddin Abu Sohot.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.