fb fb fb fb fb

Tang Jie-Wen Tse tersingkir di separuh akhir Terbuka Taiwan

Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Chan Wen Tse

KUALA LUMPUR, 10 Mei - Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Chan Wen Tse, gagal melangkah ke final Terbuka Taiwan 2025 selepas tewas kepada pasangan Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu.

Kekalahan 11-21, 15-21 dalam tempoh 38 minit di Taipei Arena menamatkan cabaran kontinjen Malaysia dalam kejohanan bertaraf Super 300 tersebut.

Pasangan pilihan ketujuh negara itu dijangka kembali beraksi di Masters Malaysia dari 20 hingga 25 Mei ini, yang mungkin menjadi penampilan terakhir mereka bersama.

Tang Jie kemudian akan disatukan semula dengan gandingan asalnya, Toh Ee Wei, untuk kejohanan Terbuka Singapura dari 27 Mei hingga 1 Jun, selepas BAM memutuskan untuk menyambung semula kerjasama mereka atas permintaan pemain dan hasil rundingan bersama panel kejurulatihan.

Terdahulu, pasangan Tang Jie-Ee Wei dipisahkan sementara susulan ketegangan yang timbul di Sukan Olimpik Paris 2024, apabila mereka tewas di suku akhir kepada pasangan Korea Selatan Kim Won Ho-Jeong Na Eun.

MOHD ZAMBRI BIN SUHARANI