fb fb fb fb fb

Penganjuran sukan permotoran : Denda hingga RM500,000 jika tiada lesen daripada PJS, MAM

SUBANG JAYA, 27 Januari - Kementerian Belia dan sukan (KBS) akan mengenakan denda RM50,000 hingga RM500,000 kepada panganjur acara sukan permotoran di negara ini yang gagal memenuhi syarat memohon lesen penganjuran perlumbaan.

Menterinya, Hannah Yeoh menegaskan permohanan lesen berkenaan boleh dibuat di Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS).


(Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh)

Jelas beliau, langkah itu bagi elak daripada berlaku perkara tidak diingini dalam panganjuran perlumbaan bermotor dan menjaga keselamatan orang ramai.

"Permohonan perlesenan menganjurkan sukan bermotor perlu dibuat dalam tempoh 30 hari untuk acara tempatan dan 90 hari untuk acara antarabangsa sebelum penganjuran acara sukan dilaksanakan," katanya.

Dalam pada itu beliau turut mengingatkan penganjur agar memilih litar yang telah diluluskan pemeriksaan aspek keselamatan oleh Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM).

MAM telah meluluskan sebanyak 11 litar perlumbaan diseluruh negara antaranya litar Speedway Plus, Litar lumba rakyat Kuala Selangor dan Litar lumba Tangkak.

Sementara itu, KBS turut memberikan amaran akan mengenakan tindakan tegas kepada penganjur yang menyalah gunakan logo Kemeterian berkenaan.

"Bagi penganjur yang salah gunakan logo KBS, kita ada banyak penganjur aktiviti program suka-suka letak logo KBS sahaja yang tidak ada lesen penganjuran, kalau kita diberitahu oleh orang awam kita akan buat laporan untuk tindakan seterusnya," katanya.

Jelas Hannah, pihaknya mendapati ada penganjur daripada sukan permotoran yang menggunakan logo KBS tanpa mengikut prosedur ditetapkan.

Media Baharu