PM ucap tahniah kepada UM tembusi kelompok 200 terbaik dunia

Universiti Malaya

KUALA LUMPUR, 30 September – Universiti Malaya (UM) mencipta sejarah sebagai universiti pertama Malaysia menembusi kelompok 200 terbaik dunia dalam Times Higher Education World University Rankings 2027 dengan menduduki tempat ke-194.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri menzahirkan ucapan tahniah kepada UM atas pencapaian yang mencerminkan kemajuan dalam pengajaran dan penyelidikan.
  • Beliau berkata pencapaian itu membuktikan kemampuan institusi meningkatkan daya saing negara di peringkat antarabangsa.
  • Perdana Menteri menggesa pengukuhan budaya ilmu, kebebasan berfikir dan penyelidikan yang menjawab keperluan masyarakat serta melahirkan generasi berakhlak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada UM atas pencapaian berkenaan yang disifatkannya mencerminkan kemajuan universiti itu dalam bidang pengajaran dan penyelidikan.

Menerusi hantaran di Facebook rasminya, Datuk Seri Anwar berkata pencapaian tersebut membuktikan kemampuan institusi pendidikan tinggi negara meningkatkan daya saing di peringkat antarabangsa.

“Kecemerlangan ini mesti terus diperkukuh dengan budaya ilmu yang subur, kebebasan berfikir serta penyelidikan yang menjawab keperluan masyarakat dan negara.

“Universiti harus melahirkan generasi yang tajam akal, teguh nilai dan akhlak serta berani meneroka gagasan baharu,” katanya.

Beliau berkata pencapaian UM itu wajar menjadi dorongan kepada universiti berkenaan dan institusi pendidikan tinggi lain untuk terus memperkukuh mutu pendidikan serta penyelidikan.

Perdana Menteri turut berharap kejayaan berkenaan dapat diteruskan dengan pencapaian lain yang mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.