fb fb fb fb fb

Meski berdepan tugas sukar, Mora optimis JDT mampu pamer aksi terbaik - ACL 2022

ISKANDAR PUTERI, 17 April- Menjelang aksi kedua peringkat kumpulan Liga Juara-juara Asia (ACL) esok, Ketua Jurulatih JDT, Benjamin Mora mengakui berdepan tugas sukar menghadapi kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai walaupun berkelebihan beraksi di laman sendiri.

Menurut Mora, kelab Ulsan mempunyai kekuatan daripada pelbagai segi, terutama pengalaman di dalam kempen Liga Juara-Juara Asia.

"Mereka sentiasa berada komposisi terbaik, mereka sangat baik, mereka kuat, mereka berkuasa dan kerana bermain di padang ini akan mudah untuk mereka membuat permainan dan itu sangat menarik kerana kami juga akan tunjukkan bahawa kita boleh isi dan kita boleh berjuang untuk sesuatu yang baik," kata Mora kepada media RTM.


(FBJDT) 

Ketua Jurulatih Ulsan Hyundai FC, Hong Myungbo berkata pasukannya akan berusaha menyekat kemaraan JDT dengan tumpuan diberi kepada dua penyerang JDT, Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri dalam misi mengutip mata penuh.

"Semenangnya kita perlu fokus kepada penyerang mereka terutamanya dua penyerang di atas yang sangat bagus kombinasi yang dimainkan dan pergerakan badan dua penyerang ini," kata Hong kepada media.

JDT bakal menerima kunjungan Ulsan Hyundai di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri manakala satu lagi aksi kumpulan I, Guangzhou FC menentang Kawasaki Frontale di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Pada aksi pembukaan sebelum ini, JDT merekodkan 3 mata bersih menentang Guangzhou Evergrande FC.

Media Baharu