Jerebu serlah kepentingan usaha kelestarian jangka panjang

Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU, 18 September – Isu berkaitan alam sekitar, terutamanya jerebu yang melanda ketika ini, menyerlahkan kepentingan usaha kelestarian dilaksanakan untuk jangka panjang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Seri Paduka Baginda menegaskan usaha kelestarian perlu diterapkan dalam dasar pembangunan kerajaan dan diperkukuh melalui pendidikan untuk meningkatkan kesedaran rakyat.
  • Seri Paduka Baginda menyampaikan titah menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim selepas menghadap Pengerusi JSC di Istana Bukit Serene.
  • JSC mempersembahkan taklimat mengenai perkembangan dan perancangan terkini usaha kelestarian yang dijalankan dengan kerjasama sektor awam dan swasta.
  • Turut hadir dalam sesi menghadap ialah Pengerusi PUSPANITA Cawangan Johor, Ketua Pegawai Eksekutif JSC, dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Raja Zarith Sofiah.

Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah bertitah, usaha berkenaan perlu diterapkan dalam dasar pembangunan kerajaan selain diperkukuh menerusi pendidikan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat.

Seri Paduka Baginda bertitah demikian menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar selepas menerima menghadap Pengerusi Johor Sustainability Centre (JSC) Datuk Seri Hasni Mohammad di Istana Bukit Serene, di sini, hari ini.

Dalam pertemuan itu, Seri Paduka Baginda dipersembahkan taklimat mengenai perkembangan serta perancangan terkini usaha kelestarian yang dilaksanakan JSC menerusi kerjasama dengan pelbagai pihak daripada sektor awam dan swasta.

Yang turut hadir pada sesi menghadap itu ialah Pengerusi PUSPANITA Cawangan Johor, Datin Siti Azizah Omar; Ketua Pegawai Eksekutif JSC, Syed Norul Shahril dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor, Hishamuddin Abd Rahim.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.