Sukan Asia 2026 :Kem perseorangan badminton tunggu undian sebelum tetapkan sasaran

Foto RTM

KUALA LUMPUR,18 September – Undian rasmi Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 menjadi penentu kepada sasaran kem perseorangan badminton negara yang ketika ini memilih untuk tidak membuat sebarang ramalan mengenai peluang ke podium.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengarah kejurulatihan Kenneth Jonassen mahu pemain bersedia berikan persembahan terbaik dan cuba ciptakan kejutan ke atas lawan.
  • Jonassen teruja menanti keputusan undian dan enggan membuat ramalan sebelum undian selesai.
  • Beliau berpuas hati dengan persiapan pasukan menjelang temasya tetapi kekal berhati-hati kerana kekurangan konsistensi pemain.
  • BAM sebelum ini menetapkan sasaran membawa pulang satu pingat perak dan satu gangsa.

Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Kenneth Jonassen berkata fokus ketika ini adalah memastikan pemain bersedia memberikan persembahan terbaik selain mencipta kejutan ke atas lawan.

“Sama seperti orang lain, saya teruja untuk melihat keputusan undian terlebih dahulu. Sebelum itu berlaku, tiada gunanya untuk bercakap mengenai apa potensi keputusan yang boleh kami capai.

“Namun, harapan saya tetap ada. Siapa pun lawan yang bakal dihadapi nanti, kami mempunyai kemampuan untuk berjuang sehingga ke mata terakhir, mempamerkan persembahan terbaik dan mungkin melakar satu atau dua kejutan,” jelasnya ketika ditemui di Akademi Badminton, Bukit Kiara baru-baru ini.

Mengulas prestasi semasa para pemain, Jonassen mengakui beliau berpuas hati dengan persiapan pasukan menjelang temasya berkenaan.

Bagaimanapun, beliau enggan terlalu teruja kerana barisan pemain negara masih belum konsisten mempamerkan aksi terbaik dalam kejohanan bertaraf dunia.

Sebelum ini, Persatuan Badminton Malaysia menetapkan sasaran satu pingat Perak dan 1 gangsa untuk dibawa pulang dari Sukan Asia kali ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.