Sukan Asia 2026:Kontinjen Malaysia dirai dalam majlis sambutan ketibaan di Nagoya

Foto FB MSN

NAGOYA, 18 September – Kontinjen Malaysia diraikan secara rasmi dalam Majlis Sambutan Ketibaan Kontinjen menjelang pembukaan rasmi Temasya Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Majlis berlangsung di Perkampungan Atlet, Garden Pier Nagoya Port, sehari sebelum pembukaan rasmi temasya.
  • Delegasi diketuai CDM Datuk Mohd Sumali Reduan, disertai Timbalan CDM Mohd Azlan Iskandar dan Syaidatul Afifah Badrul Hamidi.
  • Aturcara termasuk persembahan pancaragam, ucapan Naoki Matsui, upacara menaikkan bendera dan pertukaran cenderamata; turut hadir delegasi Laos, Tajikistan, Singapura, Vietnam dan OCA.

Majlis yang berlangsung di Perkampungan Atlet, Garden Pier, Nagoya Port itu diadakan sehari sebelum temasya berkenaan dibuka secara rasmi.

Delegasi negara diketuai oleh Chef de Mission (CDM), Datuk Mohd Sumali Reduan, serta diiringi Timbalan CDM, Mohd Azlan Iskandar dan Syaidatul Afifah Badrul Hamidi.

Turut menyertai majlis tersebut ialah barisan sekretariat daripada MSN, Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Atur cara dimulakan dengan persembahan pancaragam, diikuti ucapan alu-aluan oleh Naib Pengerusi merangkap Timbalan Ketua Pengarah Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Aichi-Nagoya (ANAGOC), Naoki Matsui.

Majlis diteruskan dengan upacara menaikkan bendera sebelum diakhiri dengan pertukaran cenderamata,” jelas Majlis Sukan Negara dalam kenyataan di Facebook.

Turut menyertai majlis sambutan berkenaan ialah delegasi dari negara Laos, Tajikistan, Singapura, Vietnam serta Majlis Olimpik Asia (OCA).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.