fb fb fb fb fb

Johor bakal anjur sukan rakyat, dapat cungkil bakat atlet muda

Foto BERNAMA

KLUANG, 14 Julai- Kerajaan Johor bakal menganjurkan sukan rakyat bermula pada tahun hadapan. 

Menteri Besarnya, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata ia dapat mencungkil bakat atlet-atlet muda, selain mengeratkan perpaduan dalam kalangan rakyat negeri itu.

"Kita nak merakyatkan sampai ke peringkat kampung-kampung.. jadi saya rasa kalau kita turun ke bawah dengan lebih mendalam, lebih banyak atlet-atlet yang kita boleh cungkil, daripada peringkat yang lebih muda lagi," katanya semasa Majlis Perasmian Sukan Bangsa Johor di Stadium Kluang, Johor, malam tadi.

Jelasnya, jenis sukan yang akan dipertandingkan menerusi sukan rakyat akan dibincangkan dengan lebih mendalam dan diserahkan kepada pihak teknikal untuk mengendalikannya.

Dalam pada itu, Onn Hafiz turut memaklumkan peruntukan tambahan bagi Sukan Bangsa Johor dalam Belanjawan 2025 hadapan.

Terdahulu, sebanyak RM1.867 juta diluluskan kerajaan negeri menerusi Belanjawan 2024 bagi menjayakan Sukan Bangsa Johor tahun ini. 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM