Jerebu: 8 kawasan di Sarawak catat IPU tidak sihat

Foto BERNAMA

KUCHING, 14 Ogos – Lapan kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat setakat pukul 7 pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Stesen IPD Serian rekod bacaan IPU tidak sihat tertinggi: 183.
  • Samarahan dan Kuching catat IPU 172 setiap satu; Sri Aman 164.
  • Sarikei 158, Mukah 152, Bintulu 137 dan Sibu 109 turut catat IPU tidak sihat.
  • Empat kawasan lain rekod IPU sederhana: Samalaju 97, Miri 85, Kapit 66, Limbang 55.

Menurut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar, stesen di IPD Serian merekodkan bacaan IPU paling tinggi tidak sihat iaitu 183.

Kawasan lain yang turut mencatatkan IPU tidak sihat ialah Samarahan (172), Kuching (172), Sri Aman (164), Sarikei (158), Mukah (152), Bintulu (137) dan Sibu (109).

Empat lagi kawasan di Sarawak merekodkan bacaan IPU sederhana.

Ia membabitkan Samalaju (97), Miri (85), Kapit (66) dan Limbang (55).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.