
KLANG, 14 Ogos – Cubaan sindiket membawa masuk 57 kontena berisi lebih 1.19 juta kilogram sisa logam dan plastik yang dianggarkan bernilai lebih RM4.97 juta digagalkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor menerusi operasi bersepadu tahun ini.
- Penguatkuasaan JKDM Selangor tahan dan periksa kontena berasaskan risikan bermula awal tahun hingga pertengahan Jun.
- Pemeriksaan: 13 kontena mengandungi 351,185 kg metal scrap, 44 kontena mengandungi 841,552.50 kg plastic scrap dipercayai tanpa permit import.
- Kes berasingan 4 Mei: JKDM Selangor dengan AKPS menyita kontena berisi 1,578.43 liter minuman keras dipercayai diimport tanpa permit.
- Minuman keras disembunyikan bersama alat ganti kenderaan dan diikrarkan sebagai komponen kenderaan terpakai; nilai rampasan termasuk duti RM409,917.
Jelas Pengarah Kastam Selangor, Noraidah Ishak, kesemua kontena ditahan dan diperiksa bahagian Penguatkuasaan JKDM Selangor berdasarkan risikan bermula awal tahun ini hingga pertengahan Jun.
“Hasil pemeriksaan menemukan 13 buah kontena mengandungi 351, 185 kilogram metal scrap serta 44 buah kontena mengandungi 841,552.50 kilogram plastic scrap yang dipercayai tidak mempunyai permit import.
Beliau berkata demikian dalam Sidang Media Kes Penyeludupan pelbagai komoditi Jabatan Kastam Diraja Malaysia Selangor di Klang.
Sementara itu dalam kes berasingan 4 Mei lalu, JKDM Selangor dengan kerjasama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menyita sebuah kontena mengandungi 1,578.43 liter minuman keras pelbagai jenis dipercayai diimport tanpa permit.
Komoditi berkenaan disembunyikan bersama alat ganti kenderaan sebelum diikrarkan sebagai komponen kenderaan terpakai bagi mengaburi pihak JKDM.
Nilai keseluruhan rampasan termasuk duti dan cukai dianggarkan RM409,917