Pesawat ringan posisi berdiri diuji di Hangzhou

Pesawat ultra ringan melakukan penerbangan pada altitud rendah di kawasan pertanian Hangzhou/ REUTERS

HANGZHOU, 14 Ogos – Beberapa pesawat ultra ringan berpenumpang melakukan penerbangan pada altitud rendah di kawasan pertanian di sini Wilayah Zhejiang, timur China, dengan ketinggian sekitar lima meter dan kelajuan maksimum 36 kilometer sejam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pesawat direka untuk juruterbang berdiri di atas platform dan dikendalikan dengan kedua-dua tangan pada kayu kawalan.
  • Sistem kawalan penerbangan dwi sokongan menggunakan dua unit utama beroperasi serentak untuk respons pantas dan pengambilalihan kecemasan.
  • Dilengkapkan ciri keselamatan seperti beg udara di bawah platform dan payung terjun dipasang di belakang tempat duduk.

Coolfly (Zhejiang) Aircraft Technology Co., Ltd melancarkan pesawat berpenumpang posisi berdiri itu pada Khamis dan melakukan penerbangan secara formasi berselang-seli sebelum mendarat semula di kawasan berkenaan.

Menariknya, pesawat itu direka untuk membolehkan juruterbang berdiri di atas platform ketika mengendalikan penerbangan, berbanding duduk seperti pesawat konvensional.

Penerbangan dikawal menggunakan kedua-dua tangan pada kayu kawalan atau joystick.

Pesawat berkenaan mempunyai platform berbentuk bunga berdiameter kira-kira 3.5 meter, dengan empat sisi yang menempatkan kipas disokong propeler di dalamnya.

Pengarah Pemasaran syarikat berkenaan berkata, semua produk baharu dilengkapi sistem kawalan penerbangan dwi-sokongan bagi aspek keselamatan.

Menurutnya, sistem itu berfungsi menggunakan dua unit kawalan utama yang beroperasi serentak ketika penerbangan bagi memastikan tindak balas pantas sekiranya berlaku kecemasan.

Sekiranya berlaku situasi berbahaya, kedua-dua sistem berkenaan mampu bertindak balas dalam tempoh beberapa milisaat dan saling mengambil alih fungsi bagi memastikan kestabilan penerbangan.

Pesawat itu turut dilengkapi beberapa ciri keselamatan termasuk beg udara di bahagian bawah platform serta payung terjun pesawat yang dipasang di belakang tempat duduk.- CNS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.