
KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Pasangan beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik enggan terpengaruh dengan laluan yang dilihat ‘agak mudah’ menjelang Kejohanan Dunia di New Delhi yang bakal berlangsung dari 17 hingga 23 Ogos ini.
- Fokus utama mereka ialah memberikan aksi terbaik setiap perlawanan tanpa menetapkan sasaran khusus.
- Saya dan Wooi Yik sudah berganding beberapa tahun dan tiada masalah untuk bergandingan semula, kata Aaron.
- Beliau tidak memberi perhatian kepada undian, sebaliknya menumpukan persiapan pusingan kelayakan Sukan Olimpik; berpotensi berdepan rakan senegara pada pusingan 16.
Pemain badminton negara, Aaron Chia berkata fokus utama mereka adalah untuk memberikan aksi terbaik dalam setiap perlawanan tanpa meletakkan sasaran khusus pada kejohanan berkenaan..
“Saya dan Wooi Yik sudah berganding bersama sejak beberapa tahun dahulu dan bagi saya, tiada masalah untuk bergandingan semula,” katanya selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia hari ini.
Mengulas lanjut, Aaron menegaskan beliau tidak memberi perhatian khusus terhadap undian kejohanan, sebaliknya mahu menumpukan fasa persiapan bagi menghadapi pusingan kelayakan Sukan Olimpik tahun depan.
Berdasarkan undian, pasangan ranking keempat dunia itu berpotensi berdepan rakan senegara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun pada pusingan 16 terbaik.
Pemenang perlawanan berkenaan dijangka bertemu gandingan China, Chen Bo Yang-Liu Yi di peringkat suku akhir.
Sebelum ini, Aaron dan Wooi Yik dipisahkan secara sementara bagi memberi ruang kepada barisan kejurulatihan membuat percubaan gandingan baharu.