Kebakaran hutan belukar Kampung Bangkuati dipadamkan sepenuhnya

Foto JBPM Zon 7 Sarawak

LIMBANG, 14 Ogos – Kebakaran hutan belukar tanah gambut seluas kira-kira 2.02 hektar di Kampung Bangkuati, Limbang yang memasuki hari kedua hari ini berjaya dipadamkan sepenuhnya.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi pemadaman bermula pada 7.51 pagi dan tamat pada 1.30 tengah hari.
  • Sumber air diperoleh daripada perparitan berhampiran bagi menyokong usaha pemadaman.
  • Operasi melibatkan 12 anggota: lima BBP Limbang, enam Zon 7, seorang PBS Medamit; bantuan PDRM, RELA, Pejabat Residen, Pejabat Daerah, Pejabat Baitulmal.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 7 Limbang, Ramlan Marajan berkata, operasi hari ini bermula pada pukul 7.51 pagi dan tamat pada pukul 1.30 tengah hari.

“Pemadaman berjaya dilaksanakan sepenuhnya dengan sumber air diperoleh daripada perparitan berhampiran.

“Operasi melibatkan 12 anggota, masing-masing lima dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang, enam dari Zon 7 dan seorang anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Medamit,” katanya menerusi kenyataan.

Turut membantu, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Pejabat Residen, Pejabat Daerah dan Pejabat Baitulmal Limbang.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.