KPDN perlu terus pergiat usaha bantu rakyat tangani kos sara hidup

Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Datuk Armizan Mohd Ali meninjau barang jualan pada Program Sentuhan Kasih Madani dan peluncuran Pelan Tindakan Sara Hidup Negara 2030 (NCLAP2030) di Melaka/ BERNAMA

MELAKA, 24 Oktober – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) perlu terus mempergiat usaha membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup, termasuk menerusi pelaksanaan program Jualan Rahmah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Peniaga perlu pastikan harga barang berpatutan dan tidak mengambil kesempatan menaikkan harga secara berlebihan.
  • Perlu tambah penguatkuasaan untuk kawal kenaikan harga dan elakkan kekecohan apabila tiada penguat kuasa.
  • Libatkan petani, nelayan dan pekebun dalam program jualan supaya lebih ramai rakyat mendapat manfaat.
  • Luaskan program kos sara hidup supaya bantuan keperluan harian dinikmati lebih meluas dan kurangkan beban isi rumah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peniaga juga perlu memainkan peranan dengan memastikan harga barangan kekal berpatutan dan tidak mengambil kesempatan menaikkan harga secara berlebihan.

“Kita boleh menyeru, tetapi kadangkala apabila memperoleh keuntungan, ada peniaga yang menaikkan harga secara berlebihan.

“Pelbagai cara kita lakukan untuk mengawal harga dan sebagainya, tetapi kadang-kadang bila tiada pengawal penguat kuasa, menjadi kecoh. Oleh itu, kita menambah Jualan Rahmah ini dan melibatkan semua sebanyak mungkin petani, nelayan, pekebun untuk menyertai dan dengan harapan kos dapat dikawal”, katanya.

Beliau berkata, program berkaitan kos sara hidup juga perlu diperluas dengan melibatkan petani, nelayan dan pekebun supaya lebih ramai rakyat mendapat manfaat.

Usaha itu penting bagi memastikan bantuan berkaitan keperluan harian dapat dinikmati secara lebih meluas,sekali gus membantu mengurangkan beban perbelanjaan isi rumah.

Beliau berkata demikian pada Program Sentuhan Kasih MADANI dan Peluncuran Pelan Tindakan Sara Hidup Negara 2030 (NCLAP30) di perkarangan Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.