‘Fiona’ dipantau 24 jam selepas telan topi pengunjung

Foto Zoo Cincinnati/AFP

CINCINNATI, 20 November – Badak air popular milik Zoo Cincinnati, Fiona kini berada di bawah pemantauan veterinar selama 24 jam selepas haiwan itu tertelan sebiji topi milik pengunjung yang terjatuh ke dalam kandangnya.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pasukan penjagaan awalnya menjangkakan objek akan dikeluarkan secara semula jadi melalui sistem pencernaan.
  • Perkembangan memaksa pasukan perubatan memberikan pemantauan dan rawatan rapi demi keselamatan haiwan.
  • Langkah perubatan termasuk imbasan ultrabunyi, pemberian cecair melalui rektum serta ubat-ubatan sokongan.
  • Rawatan bertujuan mengelakkan loya dan merangsang selera supaya objek berkenaan dapat ditolak keluar secara semula jadi.

Pada awalnya, pasukan penjagaan zoo menjangkakan mamalia berkenaan mampu mengeluarkan semula objek asing tersebut secara semula jadi melalui sistem penghadamannya.

Bagaimanapun, keadaan itu memaksa pasukan perubatan memberikan pemantauan dan rawatan rapi bagi memastikan keselamatan haiwan tersebut.

“Kami telah menjalankan imbasan ultrabunyi, memberikan cecair melalui rektum serta membekalkan beberapa ubat-ubatan sokongan.

“Tindakan ini bagi mengelak Fiona berasa loya di samping merangsang selera makannya supaya objek berkenaan dapat ditolak keluar,” kata Pengarah Kesihatan Haiwan, Zoo dan Taman Botani Cincinnati, Mike Wenninger.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.