Kebakaran : Dua individu ditemukan rentung

Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan

BATU PAHAT, 20 November – Dua individu ditemukan rentung dalam kebakaran kira-kira pukul 2.50 pagi tadi, di sebuah rumah dekat Lorong Hajah Aminah, Kampung Parit Raja, di sini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rumah separuh kekal 40 x 70 kaki, kira-kira 70 peratus struktur musnah.
  • Bomba mengawal kebakaran pada pukul 3.20 pagi; operasi tamat sepenuhnya pada 7.18 pagi.
  • Identiti dan usia mangsa belum dikenal pasti; punca kebakaran serta jumlah kerugian masih disiasat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Shamin Mohamad Salikin memaklumkan, pasukannya menemukan kedua-dua mangsa di bilik utama rumah berkenaan.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah separuh kekal berkeluasan 40 x 70 kaki persegi dan memusnahkan kira-kira 70 peratus struktur rumah.

“Pasukan berjaya mengawal kebakaran pada pukul 3.20 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 7.18 pagi,”katanya.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan, identiti serta usia kedua-dua mangsa masih belum dapat dikenal pasti.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.