Geran UYARVU MADANI 2.0: Lebih 8,000 permohonan diterima

Foto BERNAMA

MELAKA, 24 Oktober – Lebih 8,000 permohonan diterima menerusi Program Geran Uyarvu MADANI 2.0 bawah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).

RINGKASAN BERITA AI
  • Hanya 1,400 usahawan yang layak akan menerima geran Geran UYARVU MADANI 2.0.
  • Peruntukan sebanyak RM25 juta telah disediakan untuk membantu perniagaan terbabit.
  • Bantuan dana antara RM20,000 hingga RM50,000 untuk usahawan masyarakat India daripada golongan B40 dan M40.
  • Proses saringan permohonan masih berjalan dan tempoh pelaksanaan dilanjutkan.

Bagaimanapun Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R.Ramanan berkata, daripada jumlah berkenaan hanya 1,400 usahawan yang layak akan menerima geran terbabit.

“Daripada 700 permohonan, kita terpaksa melanjutkan tempoh pelaksanaan. Buat masa ini, sebanyak RM25 juta telah diperuntukkan untuk membantu perniagaan-perniagaan berkenaan.

Namun, seperti yang saya maklumkan tadi, kita telah menerima lebih 8,000 permohonan.” katanya selepas mengadakan lawatan kerja di kawasan perniagaan Jalan Bendahara di sini.

Tambahnya, geran berkenaan menawarkan bantuan dana perniagaan antara RM20,000 hingga RM50,000 kepada usahawan masyarakat India daripada golongan B40 dan M40.

Datuk Seri R.Ramanan turut memaklumkan, ketika ini, proses saringan permohonan usahawan masih berlangsung.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.